Perut buncit
Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut. Perut juga merasa berat seakan membawa beban dan memberi ketidakselesaan kepada pengidap.
Buasir
Gejala sembelit yang berlarutan dan serius menyebabkan risiko berlakunya buasir akibat dari menahan untuk buang air besar. Ia berlaku disebabkan najis keras yang merenggangkan otot sphincter. Berisiko berlaku pendarahan pada rectum dimana darah kelihatan pada najis
Mengganggu kehidupan seharian
Kehidupan seharian juga terjejas disebabkan beberapa simptom seperti mulut berbau,perhatian terganggu,mudah mengantuk,lesu yang kronik,sakit kepala dan hilang selera makan.
Badan bertoksin
Sembelit yang dibiarkan juga menyebabkan zat makanan harian menjadi tidak bernilai.Aliran darah yang bertoksin berpunca dari sembelit memberikan beban kepada fungsi hati untuk menyahtoksin dengan berkesan dan menyebabkan nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.
Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.
Usus tersumbat
Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.
Risiko kanser
Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa tanda keradangan. Ianya merbahaya jika dibiarkan tanpa rawatan. pemeriksaan Doktor wajib dijalankan jika simptom sembelit masih belum reda.